PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang penting dan dapat
diperluaskan penggunaannya. Kajian ini dilaksanakan bagi memberi gambaran dan aplikasi mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang di kawasan pekan Tanjong Malim dan di kaampus
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penggunaan
bahasa Melayu pada papan tanda telah banyak digunakan di kawasan pekan
Tanjong Malim dan begitu juga di sekitar kawasan kampus Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI). Penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda ternyata
membantu penduduk dan masyarakat di sekitar kawasan tersebut dengan
menjadikannya sebagai petunjuk arah dalam sesuatu urusan tertentu.
OBJEKTIF KAJIAN
i.
Membincangkan
tempat-tempat penggunaan papan tanda di daerah Tanjong Malim
ii.
Menenalpasti
bentuk penggunaan tulisan papan tanda di daerah Tanjong Malim.
iii.
Mengkaji
penggunaan bahasa pada papan tanda di daerah Tanjong Malim.
PERBINCANGAN
1. Membincangkan tempat-tempat penggunaan papan tanda
di daerah Tanjong Malim.
Penggunaan papan tanda di
mana-mana tempat bertujuan sebagai panduan arah tuju individu. Dalam kajian
yang kami lakukan, kami memfokuskan penempatan penggunaan papan tanda di
kawasan sekitar daerah Tanjong Malim, iaitu di Universiti Pendidikan Sultan
Idris dan juga di Pekan Tanjong Malim. Penggunaan papan tanda di kawasan ini
sangat berleluasa terutamanya di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris yang
bertujuan sebagai label untuk sesuatu premis atau bangunan. Dalam kampus
Universiti Pendidikan Sultan Idris juga papan tanda digunakan untuk memaklumkan
program-program yang dijalankan oleh pihak universiti atau pihak pelajar.
Keadaan ini membuktikan bahawa penggunaan papan tanda di Universiti Pendidikan
Sultan Idris sangat maksimum dan berperanan.
Gambar 1: Papan tanda yang berlokasi di kampus
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Selain itu, papan tanda juga
digunakan di kawasan Pekan Tanjong Malim untuk memberi arahan. Lazimnya papan
tanda yang berada di kawasan pekan akan diletakkan di tempat parkir kenderaan
mahupun di persimpangan jalan sebagai pandu arah untuk perjalanan individu.
Fungsi papan tanda yang terletak di kawasan Tanjong Malim begitu berperanan
kerana ia berupaya membantu sesiapa yang sahaja yang memerlukan.
Gambar 2: Papan tanda yang digunakan di kawasan pekan
Tanjong Malim.
Papan tanda memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana papan tanda membawa
mesej-mesej yang penting kepada pejalan. Ia juga merupakan salah satu petunjuk
kepada pejalan. Oleh itu, apakah ciri-ciri papan tanda yang bagus?Berdasarkan papan tanda
di daerah Kampus Baru dan Pekan, kami mendapati bahawa tulisan-tulisan yang
digunakan adalah sesuai. Saiz
perkataan yang digunakan adalah tepat. Hal ini demikian kerana
perkataan-perkataan yang ada pada papan tanda dapat dilihat dengan jelas.
Penggunaan saiz perkataan yang besar akan menyebabkan papan tanda menjadi tidak
kemas. Kesukaran untuk dibaca dan dilihat akan berlaku jika menggunakan saiz
perkataan yang kecil. Dari
segi warna pula, kami mendapati bahawa warna-warna yang digunakan untuk
perkataan adalah warna putih, hitam, merah dan hijau. Warna yang sering
digunakan ialah warna putih manakala warna hijau jarang digunakan. Hal ini demikian kerana warna putih mudah dan
senang dilihat oleh pejalan dengan jelas.
Gambar
3 : Papan tanda di daerah
Kampus Baru, UPSI.
Kebiasaanya, hanya satu warna sahaja yang akan digunakan untuk perkataan pada papan tanda. Jika terdapat lebih daripada dua maklumat pada satu papan tanda, warna yang berbeza akan digunakan. Satu warna akan mewakili satu isi yang ingin disampaikan. Oleh itu, papan tanda tersebut akan menjadi lebih kemas dan menarik. Pejalan juga tidak akan hilang fokus apabila membaca papan tanda tersebut.
Gambar 4: papan tanda di daerah Kampus Baru, UPSI.
Kebanyakan papan tanda hanya akan
memilih dua jenis warna yang berbeza pada satu papan tanda. Satu warna untuk
warna perkataan dan satu lagi adalah untuk latar belakang papan tanda tersebut
supaya papan tanda tersebut senang dilihat sama ada dari jauh atau dekat. Selain
daripada bentuk perkataan, terdapat papan tanda yang menggunakan simbol.
Simbol-simbol yang digunakan mesti berkait dengan mesej yang ingin disampaikan
kepada pejalan. Hal ini demikian kerana pejalan akan dikeliru terhadap maklumat
yang tidak tepat. Setiap simbol membawa maknanya sendiri. Pejalan akan memahami
maklumat-maklumat papan tanda tersebut dengan lebih cepat dan mudah. Ia juga
lebih menjimatkan masa. Contohnya, papan tanda untuk golongan orang kurang
upaya.
Akhirnya, papan tanda hendaklah
menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Terdapat kebanyakan pejalan
tidak minat untuk melihat papan tanda yang mempunyai ayat yang panjang. Pejalan
juga akan lebih mengingat ayat ringkas berbanding daripada ayat yang panjang.
3. Mengkaji penggunaan
bahasa pada papan tanda di daerah Tanjong Malim.
Penggunaan istilah yang kurang tepat.
Hal ini demikian kerana “dashboard” dalam bahasa Melayu ialah papan pemuka.
Sila pamerkan kupon dengan jelas di atas “Dashboard” sebelah pemandu sepatutnya
ialah Sila pamerkan kupon dengan jelas di atas papan pemuka sebelah pemandu.
Penggunaan
bahasa yang tepat dengan penggunaan dwibahasa pada papan tanda.
Kesalahan ejaan pada ejaan motorsikal
yang sepatutnya motosikal dan kesalahan penggunaan istilah staf yang sepatutnya
kakitangan. Parkir motorsikal seharusnya parkir motosikal dan staf FSM sahaja
seharusnya kakitangan FSM sahaja.
Penggunaan istilah yang kurang tepat. Tender pembersihan kawasan sepatutnya menjadi projek pembersihan kawasan. Istilah tender dalam bahasa Melayu ialah projek.
Penggunaan istilah yang kurang tepat. Tender pembersihan kawasan sepatutnya menjadi projek pembersihan kawasan. Istilah tender dalam bahasa Melayu ialah projek.
Kesalahan penggunaan istilah dan ejaan.
Penggunaan istilah yang salah menyebabkan arahan yang dipaparkan tidak jelas.
Kepada kenderaan yang tidak meletakkan kenderaan di petak pakir sepatutnya
kepada pemandu yang tidak meletakkan kenderaan di petak parkir. Kesalahan ejaan
pada ejaan pakir yang sepatutnya parkir.
Penggunaan
bahasa yang tepat kerana kata nama khas yang digunakan adalah tepat.
Secara
rumusannya daripada 20
papan tanda yang dipilih, terdapat 4 papan tanda yang mengandungi kesalahan
bahasa. Manakala, 16 papan tanda lagi menggunakan bahasa yang tepat dan jelas.
PENUTUP
Kesimpulannya,
bahasa merupakan perantara komunikasi yang menyampaikan pesan dan maklumat secara berkesan daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Hal ini bertujuan untuk menyampaikan hasrat dan kehendak dalam segala
hal untuk mencapai
persefahaman bersama. Penggunaan bahasa
Melayu di papan-papan tanda amat penting kepada masyarakat Malaysia terutama di
kawasan Tanjong Malim. Papan-papan tanda ini diletakkan di tempat-tempat
tertentu dengan arahan atau pesanan untuk kesebaikan dan keselamatan masyarakat
sekeliling. Faktor kejelasan dan kefahaman bahasa yang digunakan di papan-papan
tanda tersebut menjadi keutamaan atau kepentingan dalam mencapai tujuan sebenar
penggunaannya.