Thursday, April 26, 2018



PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang penting dan dapat diperluaskan penggunaannya. Kajian ini dilaksanakan bagi memberi gambaran dan aplikasi mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang di kawasan pekan Tanjong Malim dan di kaampus Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda telah banyak digunakan di kawasan pekan Tanjong Malim dan begitu juga di sekitar kawasan kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda ternyata membantu penduduk dan masyarakat di sekitar kawasan tersebut dengan menjadikannya sebagai petunjuk arah dalam sesuatu urusan tertentu.

OBJEKTIF KAJIAN

i.          Membincangkan tempat-tempat penggunaan papan tanda di daerah Tanjong Malim
ii.        Menenalpasti bentuk penggunaan tulisan papan tanda di daerah Tanjong Malim.
iii.      Mengkaji penggunaan bahasa pada papan tanda di daerah Tanjong Malim.

PERBINCANGAN

1. Membincangkan tempat-tempat penggunaan papan tanda di daerah Tanjong Malim.

Penggunaan papan tanda di mana-mana tempat bertujuan sebagai panduan arah tuju individu. Dalam kajian yang kami lakukan, kami memfokuskan penempatan penggunaan papan tanda di kawasan sekitar daerah Tanjong Malim, iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga di Pekan Tanjong Malim. Penggunaan papan tanda di kawasan ini sangat berleluasa terutamanya di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertujuan sebagai label untuk sesuatu premis atau bangunan. Dalam kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris juga papan tanda digunakan untuk memaklumkan program-program yang dijalankan oleh pihak universiti atau pihak pelajar. Keadaan ini membuktikan bahawa penggunaan papan tanda di Universiti Pendidikan Sultan Idris sangat maksimum dan berperanan.



Gambar 1: Papan tanda yang berlokasi di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain itu, papan tanda juga digunakan di kawasan Pekan Tanjong Malim untuk memberi arahan. Lazimnya papan tanda yang berada di kawasan pekan akan diletakkan di tempat parkir kenderaan mahupun di persimpangan jalan sebagai pandu arah untuk perjalanan individu. Fungsi papan tanda yang terletak di kawasan Tanjong Malim begitu berperanan kerana ia berupaya membantu sesiapa yang sahaja yang memerlukan.




Gambar 2: Papan tanda yang digunakan di kawasan pekan Tanjong Malim.

2. Mengenalpasti bentuk penggunaan tulisan papan tanda di daerah Tanjong Malim.

Papan tanda memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana papan tanda membawa mesej-mesej yang penting kepada pejalan. Ia juga merupakan salah satu petunjuk kepada pejalan. Oleh itu, apakah ciri-ciri papan tanda yang bagus?Berdasarkan papan tanda di daerah Kampus Baru dan Pekan, kami mendapati bahawa tulisan-tulisan yang digunakan adalah sesuai. Saiz perkataan yang digunakan adalah tepat. Hal ini demikian kerana perkataan-perkataan yang ada pada papan tanda dapat dilihat dengan jelas. Penggunaan saiz perkataan yang besar akan menyebabkan papan tanda menjadi tidak kemas. Kesukaran untuk dibaca dan dilihat akan berlaku jika menggunakan saiz perkataan yang kecil. Dari segi warna pula, kami mendapati bahawa warna-warna yang digunakan untuk perkataan adalah warna putih, hitam, merah dan hijau. Warna yang sering digunakan ialah warna putih manakala warna hijau jarang digunakan.  Hal ini demikian kerana warna putih mudah dan senang dilihat oleh pejalan dengan jelas.



Gambar 3 : Papan tanda di daerah Kampus Baru, UPSI.

Kebiasaanya, hanya satu warna sahaja yang akan digunakan untuk perkataan pada papan tanda. Jika terdapat lebih daripada dua maklumat pada satu papan tanda, warna yang berbeza akan digunakan. Satu warna akan mewakili satu isi yang ingin disampaikan. Oleh itu, papan tanda tersebut akan menjadi lebih kemas dan menarik. Pejalan juga tidak akan hilang fokus apabila membaca papan tanda tersebut.




Gambar 4: papan tanda di daerah Kampus Baru, UPSI.


Kebanyakan papan tanda hanya akan memilih dua jenis warna yang berbeza pada satu papan tanda. Satu warna untuk warna perkataan dan satu lagi adalah untuk latar belakang papan tanda tersebut supaya papan tanda tersebut senang dilihat sama ada dari jauh atau dekat. Selain daripada bentuk perkataan, terdapat papan tanda yang menggunakan simbol. Simbol-simbol yang digunakan mesti berkait dengan mesej yang ingin disampaikan kepada pejalan. Hal ini demikian kerana pejalan akan dikeliru terhadap maklumat yang tidak tepat. Setiap simbol membawa maknanya sendiri. Pejalan akan memahami maklumat-maklumat papan tanda tersebut dengan lebih cepat dan mudah. Ia juga lebih menjimatkan masa. Contohnya, papan tanda untuk golongan orang kurang upaya. 




Gambar 5: Papan tanda orang kurang upaya di kawasan pekan Tanjong Malim.


Akhirnya, papan tanda hendaklah menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Terdapat kebanyakan pejalan tidak minat untuk melihat papan tanda yang mempunyai ayat yang panjang. Pejalan juga akan lebih mengingat ayat ringkas berbanding daripada ayat yang panjang. 




Gambar 6: papan tanda di daerah Kampus Baru, UPSI.

3. Mengkaji penggunaan bahasa pada papan tanda di daerah Tanjong Malim.





Penggunaan istilah yang kurang tepat. Hal ini demikian kerana “dashboard” dalam bahasa Melayu ialah papan pemuka. Sila pamerkan kupon dengan jelas di atas “Dashboard” sebelah pemandu sepatutnya ialah Sila pamerkan kupon dengan jelas di atas papan pemuka sebelah pemandu.




Penggunaan bahasa yang baik.

Penggunaan bahasa yang tepat dengan penggunaan dwibahasa pada papan tanda.



Kesalahan ejaan pada ejaan motorsikal yang sepatutnya motosikal dan kesalahan penggunaan istilah staf yang sepatutnya kakitangan. Parkir motorsikal seharusnya parkir motosikal dan staf FSM sahaja seharusnya kakitangan FSM sahaja.




Penggunaan istilah yang kurang tepat. Tender pembersihan kawasan sepatutnya menjadi projek pembersihan kawasan. Istilah tender dalam bahasa Melayu ialah projek.





Kesalahan penggunaan istilah dan ejaan. Penggunaan istilah yang salah menyebabkan arahan yang dipaparkan tidak jelas. Kepada kenderaan yang tidak meletakkan kenderaan di petak pakir sepatutnya kepada pemandu yang tidak meletakkan kenderaan di petak parkir. Kesalahan ejaan pada ejaan pakir yang sepatutnya parkir.


Penggunaan bahasa yang tepat kerana kata nama khas yang digunakan adalah tepat.

Secara rumusannya daripada 20 papan tanda yang dipilih, terdapat 4 papan tanda yang mengandungi kesalahan bahasa. Manakala, 16 papan tanda lagi menggunakan bahasa yang tepat dan jelas.


PENUTUP


Kesimpulannya, bahasa merupakan perantara komunikasi yang menyampaikan pesan dan maklumat secara berkesan daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Hal ini bertujuan untuk menyampaikan hasrat dan kehendak dalam segala hal untuk mencapai persefahaman bersama. Penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda amat penting kepada masyarakat Malaysia terutama di kawasan Tanjong Malim. Papan-papan tanda ini diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan arahan atau pesanan untuk kesebaikan dan keselamatan masyarakat sekeliling. Faktor kejelasan dan kefahaman bahasa yang digunakan di papan-papan tanda tersebut menjadi keutamaan atau kepentingan dalam mencapai tujuan sebenar penggunaannya.

No comments:

Post a Comment